Muharam
Pendiam orangnya. Berfikiran positif. Sekiranya diberikan didikan yang baik, si dia cenderung menjadi orang bijak pandai.dan begitu sebaliknya jika si dia tidak diasuh dengan baik kemungkinan mudah terjerumus ke kancah tidak sihat. Si dia juga mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada di dalam keadaan selamat.
Safar
Mereka yang dilahirkan dalam bulan ini dikatakan seseorang yang enggan mengakui kesalahannya. Ibu bapanya perlu tegas mendidi si dia untuk menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak, akan timbul masalah di kemudian hari walaupun begitu, seandainya si dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya ia pasti berhasil.
Rabiul awal
Perwatakan baik.mungkin si dia bakal dinaikkan pangkat menjadi orang yang berpengaruh atau kaya tnpa diduga. Dalam dunia pekerjaan, si dia cukup disukai rmai. Pun begitu sikap si dia begitu amat negative termasuklah kurang sabar, keras ati dan mudah melampiaskan marah.
Rabiul akhir
Sikap agak menjengkelkan. Hatinya tidak tetap. Seorang yang bersikap agak kasar dan degil. Kehidupannya menjadi sukar disebabkan oleh tabiat buruknya itu. Orang tuanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil awal
Seorang yang berkeyakinan tinggi. Cukup berani dan tekad melakukan sesuatu perkara walaupun ia boleh membahayakan dirinya sendiri. Apapun keberaniaan dan tekadnya dalam melakukan sesuatu perkara itu ada kala nya mencipta kejayaan. Tetapi tak kurang juga menemui kegagalan.
Jamadil akhir
Perwatakan berani dan amat menghormati org lain. Juga mmiliki pelbagai kelebihan. Seorang yang mudah mengakui kesilapannya jika berbuat kesilapan. Sebaliknya jika si dia berada dipihak yg benar dia akan mempertahankan dirinya dan enggan mengalah. Pendirian tegas. Dari kecil, ibu bapanya mendidiknya dengan menerapkan dengan nilai-nilai murni. Dan jika betul asuhan yg diberikan, si dia akan menjadi anak yang menyenangkan kedua orang tua nya apabila dewasa kelak.
Rejab
Semasa kecil si dia seorang yang nakal dan degil. Oleh yang demikian, ibu bapanya perlu memberi tunjuk ajar dan menerapkan nilai-nilai murni ketika dia masih kecil lagi. Berbeza apabila si dia menjangkau dewasa, sikapnya berubah menjadi lebih baik dan gemar merendah diri. Jesturu itu, khidupan leih selamat dan sentosa.
Sya’aban
Orgnya berperwatakan baik dan rezekinya tidak putus-putus. Dizaman kanak-kanaknya, si dia suka mengalah dengan kawan-kawannya. Pun begitu, kelakuannya yang baik dan berbudi bahasa membuat dirinya disayangi oleh org ramai. Ini akan menjadikan dia Berjaya dalam setiap apa yang dilakukan dan mudah mendapat pertolongan.
Ramadhan
Pendiam dan suka merendah diri adalah sikap yang menggambarkan individu yang dilahrkan di bulan ramadhan. Malah si dia tidak angkuh kepada mereka yang dikenalinya dan tidak gemar menonjolkan diri. Jesturu, kehidupannya yang dilalui lebih selamat dan terhindar dari perkara yang tidak baik.
Syawal
Hatinya cukup keras dan dan tidak suka mengalah. Perkara ini boleh membahayakan dirinya. Oleh itu si dia perlu dididik dengan sebaik mungkin oleh kedua ibu bapanya. Jika tidak, hidupnya akan bermasalah dek sikap dan perangai keras hatinya itu. Ini kerana si dia suka bergaduh dalam urusan mencari rezeki.
Zulkaedah
Seorang yang boleh dikatakan sbagai pendiam. Banyak perkara baik dalam dirinya dan akan berubah kepada buruk. Namun begitu, menariknya si dia suka berfikir. Dan tidak mustahil, suatu hari nanti si dia akan Berjaya dalam apa yang si dia lakukan. Pun begitu, kerana terlampau bnyak berfikir ada kalanya mnjadi keliru. Dalam hal ini, si dia seharusnya bertindak tnpa terlalu banyak berfikir demi untuk mndapatkan hasil yang memuaskan.
Zulhijjah
Si dia boleh jadi terlalu baik dan sebaliknya. Pun begitu si dia sering menerima padah kesan dari perbuatan sendri. Dia sukar untuk mengawal perasaan. Ada kalanya terlalu berlebih-lebihan. Oleh kerana si dia dapat mewujudkan garis pemisah, jadi dia sukar untuk menimbang buruk baik setiap perbuatannya. Malah sering kali menyesal kerana tidak berwaspada dan kurang pertimbangan.
No comments:
Post a Comment